Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hantavirus: Melaka Pantau Situasi Dari Semasa Ke Semasa

11/05/2026 04:39 PM

MELAKA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka memantau situasi penularan penyakit hantavirus yang berlaku di beberapa negara Eropah ketika ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata ketika ini, pemeriksaan rutin dilaksanakan menerusi sistem Malaysian Maritim Single Window iaitu platform digital sehenti yang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menyelaraskan dan mendigitalkan semua proses pelepasan kapal di pelabuhan. 

"Pihak kapal persiaran perlu mengisytiharkan perjalanan mereka melalui sistem berkenaan dan sekiranya ada penumpang yang ingin onboard, pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kesihatan akan membuat saringan sebelum dibenarkan turun.

Ad Banner
Ad Banner

"Ini adalah pemeriksaan rutin yang dilaksanakan ketika ini dan tiada (pemeriksaan) tambahan (diperkenalkan buat masa ini)," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi kumpulan WhatsApp di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan.

Media antarabangsa melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran milik Belanda, MV Hondius.

Ad Banner
Ad Banner

Melaka merupakan antara destinasi persinggahan kapal persiaran yang melalui Selat Melaka di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan