KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran pada 12 tengah hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah iaitu Langkawi, Sik dan Baling; Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).
Cuaca sama juga dijangka melanda Jeli di Kelantan; Cameron Highlands di Pahang; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Miri, manakala di Sabah melibatkan Nabawan di Pedalaman; Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial