Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

WADAH Kecam Kenyataan Menghina Sahabat Nabi Muhammad SAW

12/05/2026 05:46 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyarankan semua pihak, khususnya umat Islam agar berhati-hati menyuarakan pandangan bagi mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas tentang sejarah Islam.

Timbalan Presiden WADAH Hasri Harun berkata umat Islam perlu menghormati kedudukan sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam selain merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam serta memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan.

Beliau berkata sebarang usaha mencemarkan nama sahabat Nabi bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan terhadap kewibawaan sahabat Nabi yang telah berjasa kepada agama Islam.

Ad Banner
Ad Banner

Bagi WADAH, sahabat Nabi adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia.

“Apa maksud dan tujuan menimbulkan serta membangkitkan sejarah lama sahabat Nabi sebelum memeluk Islam walaupun faktanya juga masih diragui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, WADAH mengecam kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhamad Zawawi Salleh susulan polemik kenyataan yang seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ad Banner
Ad Banner

Nik Zawawi sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menyentuh kisah kehidupan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum memeluk Islam.

Sehubungan dengan itu, WADAH menggesa pihak berkuasa dan institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam yang mulia ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan