Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kemenangan Ketua Menteri Tamil Nadu Vijay Cerminan Mandat Rakyat- Ramanan

12/05/2026 06:42 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kemenangan dan pelantikan ikon perfileman India Selatan Vijay sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu adalah simbol kebangkitan perjuangan rakyat serta bukti bahawa ketabahan dan keberanian mempertahankan prinsip yang akhirnya meraih mandat besar daripada masyarakat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan berkata perjalanan politik Vijay turut mengingatkan beliau kepada perjuangan panjang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berdepan pelbagai cabaran dan tekanan politik sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.

“Kedua-dua tokoh ini membuktikan bahawa perjuangan sebenar lahir daripada keikhlasan, pengorbanan dan keberanian mempertahankan suara rakyat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata kebangkitan Vijay daripada dunia seni ke pentas kepimpinan tertinggi Tamil Nadu juga mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sosok pemimpin yang dekat dengan masyarakat dan memahami aspirasi golongan akar umbi.

Menurut Ramanan, kemenangan itu membuka lembaran baharu buat Tamil Nadu dalam memperkukuh agenda pembangunan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya di bawah kepimpinan Vijay, Tamil Nadu akan terus berkembang sebagai sebuah negeri yang progresif, inklusif dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Malah, saya berharap hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Tamil Nadu akan dapat diperkukuh dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, pembangunan modal insan dan kebudayaan memandangkan kedua-dua pihak berkongsi hubungan sejarah dan budaya yang sangat lama serta erat,” kataya.

Beliau juga berkata hubungan persaudaraan yang terjalin sejak sekian lama antara masyarakat Malaysia dan rakyat Tamil Nadu adalah kekuatan penting yang perlu terus dipelihara demi manfaat generasi akan datang.

Vijay, atau nama sebenarnya Chandrasekaran Joseph Vijay, 52, yang beralih daripada kerjaya lakonan prolifik kepada politik sepenuh masa dan memimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sekali gus mengikuti jejak beberapa tokoh legenda filem dalam sejarah politik Tamil Nadu.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan