BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bukit Aman Umum Empat Pertukaran Pegawai Kanan, Noor Hisam Pengarah JPJKK

12/05/2026 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanan melibatkan jawatan di Bukit Aman dan peringkat kontinjen berkuat kuasa 15 Jun ini. 

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asisten Komisioner Polis Julina Salehuddin berkata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin pula dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu manakala Setiausaha Polis Malaysia Datuk Abdul Rahman Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Ad Banner
Ad Banner

“Sementara itu, Ketua JPJKK Pahang Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” menurutnya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan