Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isu Hina Sahabat Nabi: Pemimpin Perlu Waspada Beri Kenyataan Mengenai Fatwa - Zulkifli

13/05/2026 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Orang ramai termasuk golongan pemimpin dinasihatkan berhati-hati dalam memberikan pandangan melibatkan sebarang fatwa dan memastikan kesahihannya terlebih dahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata perkara itu amat penting terutama bagi individu yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai kerana kenyataan yang dikeluarkan mampu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Di pihak kami, sekiranya ia melibatkan tindakan undang-undang, kita serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas isu Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.

Mengenai langkah kerajaan untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang, beliau berkata pihaknya akan memperkasakan lagi program pendidikan dan dakwah bagi menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi dilaporkan telah memohon maaf dan mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan mengenai para sahabat Rasulullah.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, mengenai isu proses tuntutan nafkah anak melibatkan ibu bapa yang bercerai yang mengambil masa lama untuk diselesaikan, Zulkifli berkata kerajaan sememangnya sedang memperkukuh usaha bagi menangani perkara itu.

“Kita sudah ada gerak kerja dan banyak kejayaan dicapai, namun usaha itu akan terus diperkukuh kerana kita faham isu ini sangat penting.

“Semua pihak berkepentingan akan duduk semeja bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan lebih baik serta memberi bantuan sewajarnya kepada masyarakat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan