BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tengku Hassanal Iringi Anggota Rombongan Cedera Dapatkan Rawatan

14/05/2026 11:38 AM

Oleh Noorazlina Jindeh

KUNDASANG, 14 Mei (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengiringi seorang anggota rombongan baginda yang mengalami kecederaan pada kaki untuk mendapatkan rawatan lanjut, di sini semalam.

Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata anggota rombongan itu dibawa menaiki helikopter dari Panalaban atas Gunung Kinabalu ke Klinik Kesihatan Kundasang pada 3 petang.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata mengikut jadual asal, Tengku Hassanal dijadualkan turun ke Pondok Timpohon dari Panalaban selepas selesai menawan puncak Gunung Kinabalu pada 9.30 pagi.

“Bagaimanapun, keadaan seorang daripada anggota rombongan yang mengalami kecederaan memerlukan rawatan segera sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Kundasang,” katanya kepada Bernama.

Amir Syaffiq berkata Tengku Hassanal pada awalnya bersemangat untuk turun ke Pondok Timpohon, namun baginda memilih untuk bersama pasukannya dan turut menaiki ambulans ke Klinik Kesihatan Kundasang serta menunggu sehingga rawatan selesai.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata anggota rombongan yang cedera itu telah menerima rawatan daripada pegawai perubatan di klinik berkenaan dan berada dalam keadaan baik. 

Beliau berkata Tengku Hassanal turut menzahirkan penghargaan dan memuji perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh pegawai perubatan dan petugas di Klinik Kesihatan Kundasang.

Terdahulu, Tengku Hassanal yang mengetuai rombongan sempena Ekspedisi Mahkota Borneo berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 8.45 pagi semalam, selepas tiba di Panalaban pada 3.45 petang Selasa.

 Baginda dijadual berangkat pulang pada 2 petang hari ini, selepas menamatkan ekspedisi selama tiga hari berakhir semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan