BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Elak Peruntukan Tambahan Untuk Projek 'Sakit', Fokus Daya Tahan Ekonomi - Akmal Nasrullah

14/05/2026 02:38 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sebarang keadaan yang memerlukan peruntukan tambahan bagi menyelamatkan projek 'sakit' perlu dielakkan ketika negara berdepan krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata dalam mendepani krisis ekonomi semasa, negara perlu mengurangkan pembaziran akibat projek yang tidak siap atau terbengkalai demi memastikan daya tahan ekonomi terus terpelihara. 

Akmal Nasrullah berkata antara beberapa projek utama yang terpaksa diberi peruntukan tambahan ialah projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau, Kedah, yang terbengkalai selepas kontrak asal ditamatkan tahun lalu.

Ad Banner
Ad Banner

"Sebaik sahaja saya memulakan tugas di Kementerian Ekonomi, saya telah menerima Notis Perubahan tersebut dan kita bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menyelamatkan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) ke-32, yang dikeluarkan Bank Dunia bertemakan ​"Menaikkan Siling, Memperkukuh Lantai: Agenda Pekerjaan sebagai Agenda Produktiviti", di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata isu yang menjadi cabaran besar adalah kegagalan kontraktor yang dilantik sebelum ini untuk menyiapkan projek LRA tersebut sehingga kontrak mereka terpaksa ditamatkan.

Ad Banner
Ad Banner

"Apabila projek terbengkalai, ia kembali kepada Kementerian Ekonomi untuk proses Notis Perubahan yang seterusnya menimbulkan beban kos tambahan.

"​Kita perlu faham bahawa selagi projek LRA ini tidak disiapkan, krisis air di Kedah tidak akan selesai," katanya. 

Beliau berkata Kementerian Ekonomi melihat isu itu dari sudut pembangunan, memandangkan simpanan air di negeri tersebut kini berada pada tahap sifar peratus.

"Perkara ini bukanlah perkara baharu, malah telah dilaporkan dalam laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sejak 2020 lagi,” katanya.

Beliau berkata ketersediaan infrastruktur asas seperti air kritikal kepada pembangunan negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan