BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Liputan 4G Pulau Pinang Capai 100 Peratus, 5G Cecah 91.9 Peratus - Exco

14/05/2026 04:52 PM

GEORGE TOWN, 14 Mei (Bernama) -- Liputan komunikasi bagi rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di seluruh Pulau Pinang berada pada tahap 100 peratus sehingga April, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari.

Beliau berkata bagaimanapun, peratusan tersebut adalah secara teori kerana apabila dilihat melalui kanta perancangan rangkaian masih terdapat kelompongan di sesetengah kawasan khususnya di sempadan antara dua kawasan liputan.

"Perkara ini sedang diberi perhatian dan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengatasi masalah ini.

Ad Banner
Ad Banner

"Selain itu, tumpuan kini diberikan kepada kawasan rekreasi dan pelancongan yang memerlukan liputan komunikasi dengan penambahbaikan termasuk di kawasan luar bandar yang masih mempunyai masalah liputan Internet," katanya ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Bagi rangkaian 5G, beliau berkata kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri mencapai sebanyak 91.9 peratus sehingga April, yang dijangka meningkat dari semasa ke semasa selaras dengan pelaksanaan pembangunan liputan 5G oleh pihak U Mobile. 

"Kerajaan negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan pihak U Mobile akan terus memperkasa pelaksanaan 5G agar berjalan dengan lancar dan teratur," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Dari segi kelajuan jalur lebar mudah alih, Zairil berkata Pulau Pinang mencapai purata kelajuan 211.90 Mbps sekali gus melepasi sasaran nasional 100.0 Mbps.

Di samping liputan rangkaian 5G bagi struktur luar, beliau berkata kerajaan negeri juga memberikan fokus kepada rangkaian dalam bangunan (IBC) dengan bangunan dan premis kerajaan yang penting akan diberi keutamaan untuk penambahbaikan bersesuaian. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan