| BERITA TERGEMPAR | Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | |
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi lima jenis sayuran import akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini dalam usaha memperketat kawalan keselamatan makanan negara, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima jenis sayuran berkenaan ialah cili merah, timun, tomato, sayur sawi dan kubis bulat.
"Langkah ini dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara, khususnya dalam memastikan sayuran import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan syarat CoA itu akan dibuat secara bersepadu melalui kerjasama antara Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di semua pintu masuk negara.
KPKM akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan itu berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kestabilan bekalan sayuran di dalam negara.
Menurut KPKM, panduan permohonan CoA akan dimuat naik melalui laman sesawang rasmi kementerian dalam masa terdekat untuk rujukan pengimport dan pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial