Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Zakat Selangor Terbit Laporan Bersepadu

15/05/2026 07:24 PM

SHAH ALAM, 15 Mei (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menerbitkan Laporan Bersepadu 2025 yang menggabungkan prestasi kewangan, pembangunan serta aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam satu pelaporan menyeluruh, sekali gus menjadikannya antara institusi zakat terawal di Malaysia yang mengamalkan pendekatan pelaporan seumpama itu.

Zakat Selangor dalam kenyataan memaklumkan laporan yang boleh diakses secara terbuka oleh orang ramai itu bukan sahaja memaparkan prestasi kutipan dan agihan zakat, malah turut memberi gambaran lebih luas tentang bagaimana dana zakat diurus, dipantau dan diterjemahkan kepada pembangunan komuniti.

“Menerusi laporan berkenaan, Zakat Selangor merekodkan kutipan zakat berjumlah RM1.31 bilion pada 2025 yang disokong lebih 409,000 pembayar zakat manakala agihan sebanyak RM1.33 bilion disalurkan kepada lebih 426,000 penerima di seluruh Selangor.

Ad Banner
Ad Banner

“Antara pencapaian utama yang diketengahkan ialah lebih 2,800 keluarga asnaf berjaya keluar daripada kategori miskin berdasarkan penilaian Had Kifayah hasil pelbagai intervensi pembangunan dan peningkatan ekonomi yang dilaksanakan pada 2025,” menurut kenyataan itu.

Selain bantuan asas, laporan itu turut memperincikan pelbagai usaha pembangunan jangka panjang termasuk pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan usahawan, peluang pekerjaan serta program peningkatan pendapatan bagi membantu golongan asnaf membina kehidupan lebih stabil dan berdikari.

Pada masa sama, laporan itu turut memuatkan pelbagai aspek pengurusan institusi meliputi tadbir urus, audit, pemantauan agihan, pengukuran impak bantuan, pendigitalan perkhidmatan serta pembangunan komuniti.

Ad Banner
Ad Banner

“Pendekatan itu juga dilihat sebagai sebahagian usaha memperkukuh institusi zakat melalui standard pelaporan yang lebih terbuka dan menyeluruh kepada masyarakat.

“Orang ramai boleh meneliti keseluruhan laporan termasuk prestasi, impak bantuan, tadbir urus dan inisiatif ESG menerusi www.zakatselangor.com.my/laporan-lzs/,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan