Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Hulur Bantuan Kepada Pesakit Kanser Payudara Tahap Empat Di Pahang

15/05/2026 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan dan kotak makanan kepada pesakit kanser payudara tahap empat Juliana Nasruddin di Balok Makmur, Kuantan, Pahang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika siri jelajah Ziarah MADANI Indera Mahkota.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap Juliana yang sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan keluarganya.

Ad Banner
Ad Banner

“Beliau tabah membesarkan lima anak bersama suami yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan demi menyara keluarga.

“Dalam keadaan diuji dengan masalah kesihatan, keluarga ini juga berdepan bil tertunggak dan saya mengambil inisiatif memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri selain mendoakan agar Juliana terus diberikan kekuatan, dipermudah segala urusan, dikurniakan kesembuhan serta keluarganya sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan