Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Batik Air Tawar Promosi Hari Guru Diskaun Tambang Hingga 30 Peratus

16/05/2026 06:39 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Batik Air menawarkan promosi istimewa dengan diskaun tambang penerbangan untuk warga pendidik di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Guru. 

Batik Air dalam satu kenyataan memaklumkan warga pendidik boleh menikmati diskaun hingga 15 peratus bagi Tambang Nilai Ekonomi dan hingga 30 peratus bagi Tambang Fleksibel Ekonomi apabila menempah penerbangan menggunakan kod promo FLYGURUBITARA.

Promosi tersebut sah untuk tempahan yang dibuat bermula hari ini hingga 15 Jun, bagi perjalanan sehingga 30 November tahun ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Para guru boleh menebus promosi itu dengan memasukkan kod promosi semasa proses tempahan di laman web rasmi Batik Air. Untuk maklumat lanjut tentang cara membuat tempahan boleh layari www.batikair.com.my/my/teachers-day,” maklum syarikat penerbangan itu.

Menurut kenyataan itu, pengumuman khas dalam pesawat juga akan dibuat dalam penerbangan terpilih hari ini bagi meraikan warga pendidik yang menaiki pesawat syarikat penerbangan itu sebagai menghargai kepentingan profesion perguruan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berharap inisiatif khas ini akan dapat menjadi tanda penghargaan yang bermakna atas usaha berterusan guru dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat.

Ad Banner
Ad Banner

“Guru memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membentuk generasi akan datang, tetapi juga kekuatan dan kemajuan komuniti kita. Dedikasi, bimbingan dan komitmen mereka meninggalkan impak yang berkekalan, mempengaruhi pemimpin, inovator dan pencetus perubahan pada masa depan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan