Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis

17/05/2026 01:16 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-83 hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut mendoakan agar Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid serta seluruh kerabat diraja Perlis sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT, selain terus dikurniakan keafiatan serta kesejahteraan berpanjangan.

“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Negeri Perlis. Daulat Tuanku,” kata Anwar menerusi hantaran itu.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA

 

 

Ad Banner
Ad Banner


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan