Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anugerah Keusahawanan KPT 2025: UMK Dinobat Pusat Keusahawanan Terbaik

17/05/2026 05:29 PM

KOTA BHARU, 17 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinobatkan sebagai Pusat Keusahawanan Terbaik menerusi Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) pada Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT 2025) yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis itu, UMK turut merangkul tiga lagi pengiktirafan, iaitu kategori Perusahaan Graduan Terbaik menerusi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Mentor Keusahawanan Terbaik serta Perusahaan Pelajar Terbaik.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Arham Abdullah berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkasakan budaya dan ekosistem keusahawanan yang inklusif, lestari serta berimpak tinggi.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata daripada 11 kategori yang dipertandingkan pada AKKPT 2025, UMK berjaya mara ke peringkat akhir dalam lapan kategori dengan Perusahaan Pelajar menyaksikan UMK menghantar tiga wakil ke pentas final.

“Sekalung tahniah dan penghargaan kepada UMKEI, pensyarah, mentor, pelajar, graduan serta semua finalis yang berjaya mengharumkan nama UMK di pentas nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penyampaian anugerah dan perasmian AKKPT 2025 disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Pengarah Kanan UMKEI Prof Dr Mohd Nor Hakimin Yusoff berkata kemenangan anugerah Pusat Keusahawanan Terbaik mengiktiraf peranan aktif institut itu dalam memperkasakan budaya dan ekosistem keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta komuniti universiti.

Beliau berkata pencapaian alumni UMK, Syed Muhammad Hafiz Seeni turut membuktikan siswazah universiti itu mampu bersaing serta membina jenama perniagaan yang berjaya di peringkat nasional.

“Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik yang dimenangi Dr Mohd Safwan pula menjadi pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen beliau dalam membimbing serta membangunkan potensi usahawan muda UMK. Selain itu, syabas dan tahniah juga kepada syarikat pemula pelajar UMK, Leaf Eternal Trading yang muncul naib johan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan