Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kepimpinan Melalui Teladan Bentuk Budaya Integriti Organisasi

18/05/2026 07:01 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) – Aspek integriti dan tatakelola yang mantap merupakan elemen penting dalam memastikan pengurusan organisasi sentiasa telus, cekap dan amanah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib berkata,  pendekatan 'tone from the top' memainkan peranan amat penting dalam pembudayaan integriti dalam organisasi.

“Kepimpinan tertinggi perlu menunjukkan teladan, komitmen serta pendirian tegas terhadap pematuhan, tadbir urus baik dan penolakan terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah serta salah guna kuasa.

Ad Banner
Ad Banner

“Melalui tindakan ini, akhirnya mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat dan pihak berkepentingan,” katanya dalam  Program Dialog Pemantapan Integriti dan Tatakelola Dalam Perolehan bersama PNB Merdeka Ventures di sini, hari ini.

Dalam program itu, Mohamad Zakkuan menjadi panel forum bersama Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Ir. Ts. Dato’ Izwan Hasli Ibrahim dan dikendalikan oleh Head Governance & Assurance, PNB Merdeka Ventures, Suzana Ahmad selaku moderator program.

Perkongsian berilmiah daripada barisan panel itu memberi penekanan terhadap kepentingan pemerkasaan integriti, tadbir urus korporat serta pematuhan prosedur perolehan yang telus dan berakauntabiliti dalam organisasi. 

Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai risiko rasuah, konflik kepentingan serta langkah pencegahan bagi memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan secara beretika dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan PNB Merdeka Ventures dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah serta membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik dalam sektor korporat selain menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam suasana bersih dan cekap.

Turut hadir Penasihat PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad, Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud; Ketua Pegawai Integriti (CiGO) dan Ketua Kumpulan, Bahagian Pematuhan & Integriti Permodalan Nasional Berhad, Sahlawati Mustafa dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur, Noor Azeana Azis. 

---BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan