Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 20 Individu Positif Dadah Di Pintu Masuk Sempadan Rantau Panjang - AADK

18/05/2026 10:05 PM

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) -- Seramai 25 individu dikesan positif dadah dan bahan terlarang hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Unit Antidadah Sempadan Rantau Panjang sepanjang Januari hingga 16 Mei lepas.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan Supindi Usop berkata dalam tempoh itu, seramai 234 individu menjalani pemeriksaan dan saringan di pintu masuk sempadan berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 individu didapati positif dadah jenis metamfetamina manakala 10 lagi positif penyalahgunaan ketum atau mitraginin, dan kesemua individu yang dikesan positif ialah lelaki berumur lingkungan 20 hingga 62 tahun.

Ad Banner
Ad Banner

“Kebanyakan individu yang didapati positif dadah dipercayai berada lebih tiga hari di Thailand berdasarkan pengakuan mereka kepada pihak berkuasa.

“Ujian saringan biasanya dijalankan terhadap individu yang disyaki berdasarkan pemerhatian anggota bertugas termasuk keadaan fizikal dan tingkah laku mencurigakan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Supindi berkata hasil pemantauan mendapati kebanyakan kes positif melibatkan individu yang memasuki negara antara 3 petang hingga 7 malam.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata terdapat juga beberapa kes membabitkan individu yang memasuki negara antara 6 pagi hingga 3 petang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan