Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Persiapan Sarawak Anjur Sukan SEA 2027 Berjalan Lancar, Ikut Perancangan

19/05/2026 02:56 PM

KUCHING, 19 Mei (Bernama) -- Persiapan Sukan SEA 2027 di Sarawak berjalan lancar dan kekal mengikut garis masa yang ditetapkan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata 22 jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi menyelia bidang operasi utama bagi temasya sukan itu.

“Jawatankuasa berkenaan merangkumi pengurusan teknikal, infrastruktur, penginapan, pengangkutan, perkhidmatan perubatan, keselamatan, media dan penyelarasan sukarelawan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Abdul Karim berkata Sarawak memikul tanggungjawab penting untuk menjadi tuan rumah majlis perasmian temasya dwitahunan itu yang dijadualkan berlangsung pada 18 Sept 2027 di Stadium Sarawak.

Beliau berkata negeri itu akan menjadi hos bagi 17 daripada 38 sukan yang dipertandingkan, iaitu akuatik, e-sukan, golf, tenis, boling padang, muay thai, kriket, taekwondo, petanque, skuasy, gimnastik, bola keranjang, memanah, menembak, boling, angkat berat dan wushu.

“Bagi menyokong keperluan penganjuran ini, kerja naik taraf bagi 11 kemudahan Sukan SEA telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan sedang berjalan mengikut jadual.

Ad Banner
Ad Banner

“Antara kemudahan yang terlibat ialah Stadium Sarawak, Stadium Perpaduan, Arena Lawn Bowls, Pusat Latihan Wushu, Pusat Tenis Lawn Sarawak, Lapang Sasar Menembak Sarawak, Pusat Skuasy Sarawak, Padang Kriket dan Ragbi, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Pusat Memanah Sarawak dan Pusat Petanque Sarawak,” katanya.

Beliau berkata semua kemudahan itu disasarkan untuk beroperasi sepenuhnya pada suku pertama dan kedua 2027.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan