Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KDN Kemuka Laporan Pelaksanaan PPKPPS Kepada Kabinet Bulan Depan

19/05/2026 08:09 PM

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaan Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, Perak kepada Kabinet pada bulan hadapan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata laporan berkenaan PPKPPS, akan dibentangkan kepada Kabinet selaras arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, untuk menyediakan nota Jemaah Menteri berkaitan PPKPPS dengan kadar segera. 

Ad Banner
Ad Banner

“Dalam bulan Jun iaitu minggu kedua, kita laporkan sebagai nota Jemaah Menteri kepada rakan-rakan Jemaah Menteri di atas permintaan Perdana Menteri.

“Kita (KDN) berpeluang untuk memberikan perincian terhadap satu projek khas yang sedang kita jalankan, sesuai tanggungjawab yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah tajuk Pengurusan Pelarian Secara komprehensif,” katanya.

Berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia bagi Tahun 2025 di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan PPKPPS di Bidor akan menjadi satu perubah keadaan kepada pengurusan pelarian yang komprehensif di Malaysia. 

Ad Banner
Ad Banner

“(PPKPPS) projek besar, yang akan menentukan kejayaan dan berpotensi menjadi game changer kepada satu tajuk besar dalam negara kita, iaitu pengurusan pelarian secara komprehensif,” katanya.

Sebelum ini, KDN telah mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh dasar pengurusan warga asing, termasuk pelarian dan pemohon suaka, melalui penubuhan PPKPPS di Bidor, Perak.

Fasiliti moden ini, bukan sahaja berfungsi sebagai pusat saringan dan dokumentasi, tetapi juga sebagai Pusat Rujukan Nasional bagi proses saringan keselamatan, verifikasi biometrik serta dokumentasi dan penilaian status.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan