Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

RUU Had Tempoh Jawatan PM Diharap Dapat Sokongan Ahli Parlimen Pembangkang

19/05/2026 06:39 PM

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, yang akan dibentangkan semula pada sesi Parlimen Jun depan diharap mendapat respons positif daripada ahli Parlimen pembangkang.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tiada sebarang penambahbaikan dibuat terhadap kandungan RUU itu, dan pembentangan hanya bertujuan mendapatkan undi dua pertiga.

"Saya rasa yang lebih penting ialah untuk ahli-ahli Parlimen memahami bahawa isu perdana menteri itu tempoh perkhidmatan dan daripada blok kerajaan kita dapat lihat ini sebagai sesuatu yang bagus untuk negara, baik untuk rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

"Saya harap dalam perkara ini pembangkang pun dapat melihat (sesuatu yang bagus) sebab ini bukan untuk melebihkan kuasa, ini adalah untuk mengehadkan kuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang, Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi JPM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azalina berkata pihaknya akan merasmikan Mahkamah Tribunal Anti-Buli pada 16 Jun ini, termasuk platform dalam taliannya. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan