Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jawatankuasa Kecemasan WHO Bermesyuarat Bincang Wabak Ebola Di Congo

19/05/2026 09:23 PM

GENEVA, 19 Mei (Bernama-dpa) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasannya susulan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo dan Uganda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan mesyuarat itu di Geneva pada Selasa.

Pakar bebas yang arif mengenai penyakit itu dijangka merangka cadangan pada petang ini mengenai langkah menangani wabak berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

Tedros sebelum ini telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam antarabangsa susulan wabak itu.

Varian Bundibugyo yang jarang ditemui bagi virus berkenaan telah dikesan di Republik Demokratik Congo.

Menurut angka terkini, terdapat 131 kes kematian Ebola yang disyaki dan 513 kes yang disyaki.

Ad Banner
Ad Banner

WHO memaklumkan tiada vaksin atau rawatan yang diluluskan bagi varian itu.

Lazimnya, jawatankuasa itu akan bermesyuarat sebaik sahaja ancaman muncul dan Ketua Pengarah WHO biasanya menunggu nasihat jawatankuasa sebelum mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam.

Bagaimanapun, pada kali ini beliau menganggap situasi itu terlalu mendesak untuk menunggu.

Seorang jurucakap WHO di Geneva berkata pengisytiharan kecemasan kesihatan awam itu bukan bertujuan mencetuskan panik, sebaliknya untuk memaklumkan negara-negara mengenai masalah mendesak yang sedang berlaku serta memperkukuh kerjasama.

-- BERNAMA-dpa



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan