Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bernama Tonggak Penting Penyampaian Berita Sahih - PM Anwar

20/05/2026 05:27 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Jasa, pengorbanan serta komitmen warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah meletakkan agensi itu sebagai antara tonggak penting negara dalam menyampaikan berita yang sahih dan berintegriti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata peranan itu sekali gus memperkukuh kefahaman rakyat, memelihara perpaduan nasional serta mengangkat citra Malaysia di persada antarabangsa, terutama dalam mendepani era ledakan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan lambakan maklumat tanpa sempadan serta cabaran dunia media yang menjadi semakin kompleks.

“Selamat ulang tahun ke-59 kepada BERNAMA, moga terus mendukung fakta, etika kewartawanan dan kepercayaan awam, demi memastikan rakyat terus memperoleh maklumat yang benar dan bertanggungjawab,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Bernama ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968 dengan perkhidmatan teks berita sebelum berkembang kepada perkhidmatan foto, radio, televisyen dan media digital.

Agensi berita itu kini mempunyai 967 petugas terdiri daripada warga kerja tetap, kontrak dan sambilan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan