Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

225 Individu Terima Pingat Bersempena Dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Ke-80

20/05/2026 06:41 PM

SHAH ALAM, 20 Mei (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 225 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-80.

Pada istiadat itu, sebanyak 43 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), manakala 35 penerima bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.)

Selain itu, sejumlah 134 individu dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), manakala 13 penerima untuk Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).  

Ad Banner
Ad Banner

Istiadat itu berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini selama dua hari bermula hari ini, dan penerima pada hari ini adalah dari daerah Petaling dan Klang.  

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan