Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 39,000 Pemilih Baharu Dalam Daftar Pemilih Tambahan April 2026 - SPR

21/05/2026 02:45 PM

PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Sebanyak 39,111 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu di bawah Daftar Pemilih Tambahan April 2026 (DPT BLN4/2026), dalam tempoh 1 hingga 30 April lepas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata DPT BLN4/2026 yang diperaku pada 20 Mei dan diwartakan hari ini, turut mengandungi 15,880 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya serta 1,369 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

“DPT BLN4/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 19 Jun 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Khairul Shahril berkata SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April tahun ini serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status, supaya menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2026.

Beliau berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian 03-8892 7218.

Khairul Shahril berkata sekiranya pemilih tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

Beliau berkata pemilih berdaftar berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang bertukar ke bahagian pilihan raya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri berkenaan.

Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal pejabat pilihan raya negeri di http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada pengarah pilihan raya negeri berkenaan untuk serahan serta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2026.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan