Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aidiladha: Bekalan Barangan Makanan Di Pulau Pinang Mencukupi, Terkawal - Chow

21/05/2026 04:58 PM

GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Bekalan barangan makanan dan keperluan di Pulau Pinang kekal mencukupi serta terkawal menjelang sambutan Aidiladha minggu depan meskipun dijangka berlaku peningkatan permintaan semasa musim perayaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kesemua 27 item barangan terkawal di negeri itu masih mempunyai bekalan mencukupi dengan harga jualan semasa turut berada di bawah paras harga kawalan yang ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan semasa termasuk laporan pasaran yang dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga melampau.

Ad Banner
Ad Banner

''Berdasarkan laporan, tidak ada kenaikan harga barangan yang ketara, semua masih dalam keadaan terkawal dan itu kita mahu pastikan supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga melampau,'' katanya selepas melancarkan Kempen Makan Sayur dan Buah Tempatan di Komtar, hari ini. 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan negeri Datuk Rashidi Zinol dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Goh Choon Aik.

Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri juga melaksanakan pelbagai usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata usaha berterusan itu penting bagi memastikan keseimbangan rantaian bekalan makanan selain memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha, penternak dan pekebun kecil menerusi jaminan pendapatan serta pasaran yang lebih stabil.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan