Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

1,000 Pokok Ditanam Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Di Sook

22/05/2026 10:02 PM

SOOK, 22 Mei (Bernama) -- Kira-kira 1,000 pokok pelbagai spesies berjaya ditanam di Hutan Simpan Sook Lake di Pensiangan di sini hari ini, sebagai simbolik usaha memperkukuh ekosistem, menstabilkan iklim dan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata hutan simpan itu dipilih sebagai lokasi Program Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Kebangsaan 2026.

Beliau berkata program penanaman pokok yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini dijayakan menerusi sinergi bersama pemimpin setempat, rakan korporat dan penglibatan aktif generasi muda daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook serta SMK Trus Madi.

Ad Banner
Ad Banner

“Saya menyeru masyarakat, khususnya generasi muda agar mengambil peluang menjadi ejen perubahan dengan menjadikan aktiviti menanam pokok sebagai amalan berterusan dan gaya hidup demi masa depan yang sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata sambutan bertemakan “Hutan dan Ekonomi” pada tahun ini bertujuan mengetengahkan khazanah hijau sebagai sumber ekonomi alternatif yang amat bernilai kepada komuniti, khususnya masyarakat luar bandar sama ada melalui sektor ekopelancongan, hasil hutan mapan mahupun pertanian lestari.

Beliau berkata Sabah bertuah kerana menjadi antara wilayah yang mempunyai liputan hutan tertinggi di Malaysia, sambil menyeru semua pihak supaya terus memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar demi kelangsungan masa depan.

“Hutan kita, khazanah kita, tanggungjawab kita bersama,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan