Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mangsa Banjir Beaufort Catat Penurunan Kepada 308 Orang Malam Ini

22/05/2026 11:26 PM

BEAUFORT, 22 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Beaufort mula mencatatkan trend penurunan kepada 308 orang daripada 107 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 338 mangsa daripada 121 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memberitahu jumlah 338 mangsa daripada 121 keluarga itu tidak berubah sejak semalam, sehingga mencatat penurunan malam ini.

Menurut JPBN Sabah, semua mangsa berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon di sini.

Ad Banner
Ad Banner

“Jumlah mangsa terdiri daripada 160 orang dewasa dan warga emas serta 148 kanak-kanak. Sebanyak 11 kampung terjejas dan tiada laporan kes kematian diterima,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan