Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

761 Pelajar Cemerlang SPM 2025 Di Kelantan Terima Komputer, Bantuan Awal Pengajian

23/05/2026 02:12 PM

KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Sebanyak 761 anak kepada penerima bantuan e-Kasih di Kelantan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menerima komputer riba dan bantuan awal sebanyak RM1,000.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata melalui inisiatif ini, kerajaan MADANI bukan sahaja menyampaikan bantuan, malah menyediakan dorongan awal kepada penerima untuk melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan lebih yakin dan bersedia. 

"Kita buat program ini secara bersasar di bawah inisiatif Sejahtera MADANI yang dikelola oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), dan bantuan ini khusus diberi kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dalam data e-Kasih.

Ad Banner
Ad Banner

"Saya harap dengan sumbangan ini dapat membantu mereka meringankan beban keluarga bagi memudahkan urusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah ICU JPM Kelantan Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail.

Sementara itu, penerima Nur Intan Farhana Mansur, 18, berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan akan digunakan sebaik mungkin sebagai persediaan melanjutkan pengajian dalam bidang Asasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Shah Alam.

"Ayah saya Mansur Mat Jusoh berusia 46 tahun, bekerja sebagai buruh dan saya anak sulung daripada enam beradik.

"Bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan kami sekeluarga, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana begitu prihatin terhadap rakyatnya," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan