| BERITA TERGEMPAR | Allianz Malaysia posts higher net profit of RM227.35 mln in 1Q FY2026 compared to RM213.04 million in 1Q FY2025 | |
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar, manakala di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau), manakala Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial