Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Insiden FSO Sepat: Dua Jenazah Pekerja Dikebumikan Di Kuantan

25/05/2026 08:22 PM

KUANTAN, 25 Mei (Bernama) -- Dua pekerja yang maut dalam insiden di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu–Kelantan semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, hari ini.

Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid selamat dikebumikan pada 5.45 petang disusuli Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam kira-kira setengah jam kemudian.

Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim, 28, masing-masing dibawa ke Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS dan Masjid Cenderawasih di sini untuk disolatkan.

Ad Banner
Ad Banner

Kedua-dua pekerja berkenaan sebelum itu dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Terengganu. 

Ratusan individu terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu untuk memberikan penghormatan terakhir buat kedua-dua Allahyarham. 

Semalam, media melaporkan dalam kejadian pada 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.

Seorang lagi yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, parah dan sedang dirawat di HSNZ. 

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan