Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

APM Ketereh Pergiat Kempen Cegah Hantavirus Sempena Cuti Aidiladha

26/05/2026 03:21 PM

KOTA BHARU, 26 Mei (Bernama) -- Pasukan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ketereh mempergiat kempen cegah hantavirus dan penyakit bawaan tikus bersempena dengan cuti Aidiladha.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar Mohd Arif Mohd Zain berkata kempen itu memfokuskan aspek pencegahan melalui penjagaan kebersihan terutama di kawasan berisiko seperti sekitar pasar awam Peringat dan Melor.

"Cuti sekolah yang panjang serta cuti Aidiladha menyebabkan ramai rakyat ke luar negara atau berhimpun beramai-ramai, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan penyakit bawaan haiwan.

Ad Banner
Ad Banner

"Walaupun Malaysia belum merekodkan kes hantavirus, kempen kesedaran awal penting supaya masyarakat lebih peka terhadap aspek kebersihan terutama di kawasan pasar dan tempat awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Arif berkata kempen berkenaan diketuai Ketua Kompeni Perubatan CDA-08 Ketereh, Leftenan Kolonel Bersekutu Dr Nurul Ain Razali dengan bantuan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu dan Klinik Warga Nurul Ain di Peringat.

Beliau berharap kempen itu dapat mendidik masyarakat supaya mengamalkan langkah pencegahan secara berterusan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan tikus dan haiwan lain.

Program selama setengah hari itu melibatkan pengagihan risalah berkaitan penyakit, punca, simptom serta langkah pencegahan kepada lebih 100 peniaga dan pengunjung pasar, katanya.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan