Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional 2026

29/05/2026 10:37 PM

KUANTAN, 29 Mei (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.

Menurut hantaran itu, baginda berdua turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dengan rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini,” menurut hantaran itu.

Pada masa sama, baginda berdua mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan