KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kelab Perempuan Membaca (KPM) bakal menjadi platform yang menghimpunkan wanita daripada pelbagai lapisan usia termasuk ibu, gadis muda dan kanak-kanak perempuan yang mempunyai minat terhadap budaya membaca.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penubuhan kelab itu, bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan membaca, malah menjadi medium penting dalam memperkukuh budaya ilmu dalam masyarakat.
Beliau berkata KPM yang dijadual dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari ini, turut berperanan memastikan akses kepada bahan bacaan terus diperkasakan dalam kalangan masyarakat.
“Hari ini saya akan meluncurkan Kelab Perempuan Membaca ( KPM) di PBAKL.
“Ia ruang penting untuk memastikan akses kepada bahan bacaan tidak akan putus, walau apa jua rempuhan dan tribulasi yang melanda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan penubuhan KPM, sebagai usaha meraikan buku dan budaya membaca, sekali gus menggerakkan aspirasi kota baca.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial