Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Empat Gerabak Tren Tergelincir Dibawa Ke Depot Untuk Pemeriksaan - Rapid KL

30/05/2026 02:28 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Empat gerabak tren yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin baru-baru ini, berjaya dinaikkan semula ke landasan dan dibawa pulang ke depot untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut oleh pasukan teknikal.

Rapid KL menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata kerja-kerja pemulihan tren yang dijalankan semalam dan awal pagi ini, melibatkan proses penyambungan antara gerabak-gerabak tren dan kenderaan trek khas, bagi membolehkan pergerakan keluar dilakukan dengan selamat dan terkawal.

“Gerak kerja sedang giat diteruskan demi memastikan perjalanan yang selamat lagi selesa buat penumpang dapat dikembalikan secepat mungkin,” menurut hantaran itu.

Ad Banner
Ad Banner

Pada Khamis, sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin akibat kerosakan pada suis landasan yang menjejaskan jadual perkhidmatan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata landasan yang terjejas dijangka dapat beroperasi semula selewat-lewatnya pada Rabu depan.

Beliau turut memaklumkan semua stesen di Laluan Ampang/Sri Petaling kekal beroperasi, namun menggunakan jadual perkhidmatan yang diubah suai, bagi memastikan pergerakan tren dapat diteruskan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan