Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pemilihan Dr Jeswant Ke AATS Bukti Kecemerlangan, Dedikasi Pakar Bedah Negara - Dzulkefly

30/05/2026 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pemilihan Profesor Datuk Seri Dr Jeswant Dillon sebagai rakyat Malaysia pertama diterima sebagai ahli Persatuan Pembedahan Torasik Amerika Syarikat adalah pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan, dedikasi dan sumbangan beliau dalam bidang pembedahan kardiotorasik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kejayaan itu bukan diraih sekelip mata sebaliknya hasil komitmen dan khidmat bakti berterusan pakar bedah berkenaan dalam memajukan bidang perubatan.

“Beliau merupakan seorang patriot sejati yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah di persada antarabangsa. Saya sendiri pernah melihat ketelitian dan kepakaran beliau beraksi di dewan bedah.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghormatan buat Dr Jeswant atas pengiktirafan yang sangat selayaknya ini. Malaysia amat berbangga dengan sumbangan dan pencapaian anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata kejayaan Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik di Institut Jantung Negara itu bukan sahaja mengharumkan nama negara malah menjadi inspirasi kepada generasi pakar bedah Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dan melakar pencapaian lebih besar pada masa hadapan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan