Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perkhidmatan Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Mulai 1 Jun - Loke

31/05/2026 02:28 PM

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun susulan siapnya Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pelan berkenaan yang dilaksanakan sejak November 2025 melibatkan koordinasi bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan telah disahkan oleh penilai kereta api bebas.

“CAP merangkumi tiga peringkat berstruktur, iaitu kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan, ujian serta pengesahan sistem dan operasi percubaan.

Ad Banner
Ad Banner

“Ujian ketahanan dijalankan selama tempoh 24 jam dan 48 jam dalam keadaan berpenumpang dan tanpa penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata Aerotrain telah merekodkan tahap Ketersediaan Perkhidmatan Operasi 100 peratus sejak Januari 2026.

Beliau berkata waktu untuk kerja-kerja kejuruteraan harian dari 12 tengah malam hingga 5 pagi akan terus dikekalkan, dengan sebuah tren kekal beroperasi untuk perkhidmatan penumpang sementara kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin dijalankan.

“Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan terus melaksanakan pengawasan kawal selia terhadap operasi Aerotrain, manakala Malaysia Airports kekal bertanggungjawab untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan di bawah pelan ini,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan