Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 5 Petang - MetMalaysia

01/06/2026 04:13 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran dikeluarkan pada 3.15 petang memaklumkan negeri terlibat ialah Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Di Selangor, cuaca itu diramal di Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah serta Rembau.

Ad Banner
Ad Banner

Bagi Pantai Timur, cuaca itu diramal melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selain Kuala Nerus serta Kuala Terengganu di Terengganu.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan