Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

01/06/2026 08:58 PM

SHAH ALAM, 1 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini. 

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilanjutkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT untuk memayungi negara serta memimpin rakyat dengan penuh kebijaksanaan dan wibawa.

“Sultan Selangor turut menyokong dan menyambut baik titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” menurut hantaran itu. 

Ad Banner
Ad Banner

Sultan Sharafuddin bertitah rakyat jelata khususnya generasi muda mestilah memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai yang termaktub dalam Rukun Negara demi mencapai kehidupan yang harmoni dan aman damai dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan