Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPR Tetap Tarikh Mesyuarat Khas PRN Johor Selepas Terima Pemakluman Rasmi

01/06/2026 09:11 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada Speaker Dewan negeri itu.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN berkenaan.

“SPR mengambil maklum sidang media oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengenai pembubaran Dewan Negeri Johor Ke-15 pada hari ini, 1 Jun 2026.

Ad Banner
Ad Banner

“Sehubungan dengan itu, SPR akan memaklumkan tarikh bagi mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan tarikh pembubaran Dewan Negeri Johor ini,” katanya.

Petang tadi, Onn Hafiz pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana di Johor Bahru mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.

Beliau berkata pembubaran itu dilakukan selepas mendapat titah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu majlis menghadap yang berlangsung hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan