Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

03/06/2026 08:07 PM

KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Sebanyak 45 jentera pengorek dirampas dalam operasi membanteras aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan setakat ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata rampasan itu membuktikan kerajaan negeri bersama dengan agensi penguat kuasa sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran.

“Ketika ini, penguatkuasaan tertumpu di kawasan Lojing, Aring, Jeli dan Kuala Krai yang dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko berlakunya kegiatan perlombongan haram.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa tidak tegas dalam mengambil tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan bagi memastikan aktiviti perlombongan haram dapat dibanteras secara berkesan.

Beliau berkata pihaknya turut menerima maklumat dan laporan daripada Pejabat Tanah dan Galian bagi membantu tindakan penguatkuasaan di kawasan yang dikenal pasti.

Baru-baru ini, dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah ketika menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai berhampiran Ladang Sawit Jerimbong, Jeli.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan