Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Negeri Perlis Terima Peruntukan RM4 Juta Daripada Persekutuan

04/06/2026 02:56 PM

KANGAR, 4 Jun (Bernama) -- Hasil pertemuan Abu Bakar Hamzah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perlis pada 28 Dis tahun lepas memberikan manfaat kepada kerajaan negeri apabila mendapat peruntukan RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, kerajaan negeri membelanjakan RM1.5 juta untuk pemberian sumbangan Aidilfitri lepas kepada golongan memerlukan dan RM1 juta digunakan bagi penganjuran kenduri rakyat bersempena dengan sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beliau berkata RM1 juta lagi diberikan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menaik taraf Dataran Lok 9 di Kuala Perlis dekat sini, manakala RM300,000 untuk penganjuran festival rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Maknanya, agihan RM3 juta untuk dilaksanakan kerajaan negeri dan RM1 juta kepada ICU JPM,” katanya kepada pemberita selepas sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini, hari ini.

Selain itu, Abu Bakar berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis turut menerima kemudahan peruntukan bagi pelaksanaan projek menaik taraf infrastruktur termasuk mengatasi masalah banjir, hasil pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri Kabinet yang lain.

Beliau berkata walaupun Perlis merupakan negeri pembangkang, negeri itu tetap diberi kemudahan berurusan dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan, maka sangat penting untuk kerajaan negeri mengekalkan hubungan baik itu demi manfaat pembangunan negeri dan kebajikan rakyat Perlis.

“Wakil-wakil rakyat (di Perlis) juga perlu memainkan peranan untuk membina hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan