Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

BN Terbuka Kekalkan Kerajaan Perpaduan Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

05/06/2026 07:04 PM

PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan terbuka untuk meneruskan kerjasama bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengadakan rundingan rasmi mengenainya.

“Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini… tentunya kita sangat terbuka untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN ke-16.

PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan  BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

Dalam pilihan raya itu, PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian pada Isnin lepas.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan