Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong Terima Menghadap MB Johor, Dipersembah Taklimat Pembangunan Negeri

07/06/2026 11:36 AM

JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan dengan taklimat mengenai pencapaian ekonomi, pembangunan dan kemajuan Johor selain usaha dilaksanakan kerajaan negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Sesi menghadap ini adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dengan kepimpinan negeri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri," menurut hantaran itu.

Ad Banner
Ad Banner

Hantaran itu turut memaklumkan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Sultan Ibrahim.

Sejajar dengan hasrat berkenaan, pelbagai usaha kebajikan akan terus digerakkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan