Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Fahmi Tinjau Pelaksanaan Program NADI Bersama Komuniti Di Batu Pahat

07/06/2026 01:49 PM

BATU PAHAT, 7 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Nira, di sini, hari ini, bagi meninjau pelaksanaan program pusat berkenaan bersama komuniti setempat.

Fahmi menerusi hantaran di laman facebook berkata beliau meninjau sesi bengkel yang diadakan seperti AI Workshop & Gemini (Simple Google AI Skills for Everyday Work) yang disertai oleh komuniti setempat.

Program tersebut memberikan pendedahan asas dan praktikal kepada peserta mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) melalui Google Gemini dan Google Workspace.

Ad Banner
Ad Banner

“Penggunaan AI tersebut akan memudahkan tugasan harian, termasuk penulisan e-mel, penyediaan draf kerja, penjanaan idea serta komunikasi yang lebih pantas dan efisien. Sesi ini turut menekankan penggunaan prompt yang lebih tepat bagi memanfaatkan AI dengan lebih berkesan.

“Selain itu, inisiatif saringan kesihatan di NADI di sini turut menggunakan teknologi digital - AirDoc yang dilaksanakan untuk komuniti setempat bagi memperluaskan akses kepada pemeriksaan kesihatan yang mudah, cepat dan menyeluruh melalui pendekatan digital,” katanya.

Beliau berkata NADI yang merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa komited memperkukuh peranan pusat berkenaan sebagai pusat komuniti digital yang inklusif dengan sokongan berterusan Kementerian Komunikasi untuk memastikan ia kekal relevan sebagai platform yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan