Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

08/06/2026 10:11 AM

PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keberkesanan penyampaian Kementerian Komunikasi berhubung pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang disifatkannya sebagai antara contoh terbaik komunikasi kerajaan dalam menjelaskan dasar kepada rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penerangan yang jelas dan berkesan tentang inisiatif itu telah membantu meningkatkan kefahaman rakyat, sekali gus mengurangkan kekeliruan terhadap pelaksanaan BUDI95.

“Kejayaan terbesar saya fikir kementerian ini adalah dalam soal BUDI95. Apabila diberi penerangan lebih jelas, ia tidak menimbulkan banyak masalah.

Ad Banner
Ad Banner

“Sekali lagi saya ucap tahniah kepada rakan-rakan, Fahmi (Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil), KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah) dan seluruh warga Kementerian Komunikasi kerana kegigihan menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Turut hadir Fahmi, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata walaupun masih terdapat segelintir pihak yang membangkitkan isu kenaikan harga minyak, pelaksanaan BUDI95 membuktikan bahawa komunikasi yang berkesan mampu meningkatkan penerimaan rakyat terhadap sesuatu dasar kerajaan.

BUDI95 ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia pada harga subsidi RM1.99 seliter.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan