KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Nasihat tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Sabah telah ditamatkan.
“Nasihat tsunami yang dikeluarkan pada 8.36 pagi, 8 Jun 2026 ditamatkan pada 12 tengah hari, 8 Jun 2026,” menurut MetMalaysia dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai daerah berkenaan bermula dari 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi tadi.
Menurut MetMalaysia, penamatan nasihat tsunami itu ialah maklumat terakhir yang dikeluarkan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan terdapat perkembangan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial