KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- YoYi Malaysia, rakan perkhidmatan pengambilan bungkusan strategik J&T Express Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan TikTok Shop Malaysia untuk merintis inisiatif perkhidmatan pengambilan sendiri di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Dengan matlamat mengembangkan perkhidmatan berkenaan di seluruh negara dalam masa terdekat, Pengurus YoYi Malaysia Leo Wang berkata kerjasama ini menyokong usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan pemenuhan penghantaran peringkat akhir dan kemudahan pelanggan.
"Kaedah pengambilan sendiri menjadi langkah penting ke hadapan dalam memenuhi jangkaan pengguna yang sentiasa berubah-ubah untuk kemudahan dan autonomi yang lebih baik, mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat untuk memperkukuh keupayaan peringkat akhir dalam ekosistem," katanya dalam kenyataan.
Leo berkata YoYi Malaysia merancang untuk meluaskan rangkaiannya ke lebih 7,000 lokasi menjelang hujung tahun ini dan meningkatkan penggunaan loker bungkusan kepada lebih 30 unit, sekali gus mengukuhkan ekosistem penghantaran akhir pelbagai peringkat.
Menurut kenyataan itu, projek perintis itu membolehkan pembeli di TikTok Shop Malaysia memilih kaedah pengambilan sendiri semasa pembayaran, memilih YoYi Malaysia atau loker bungkusan yang terdekat, dan menerima notifikasi pengambilan sebaik sahaja bungkusan tiba, yang membolehkan mereka menikmati bayaran penghantaran yang lebih rendah sambil meningkatkan kecekapan dan fleksibiliti penghantaran peringkat akhir.
Setakat ini, YoYi Malaysia telah mewujudkan rangkaian di seluruh negara dengan kira-kira 3,000 Mata Pengambilan Sendiri, berserta 10 unit Loker Bungkusan sebagai sebahagian daripada ekosistem penghantaran peringkat akhir.
YoYi Malaysia dan TikTok Shop Malaysia, bersama-sama rakan ekosistem, akan terus meneliti rangkaian dan keupayaan sistem pengambilan sendiri termasuk meluaskan liputan, menambah baik kecekapan pengambilan, dan meningkatkan pengalaman pengguna digital untuk menyokong keperluan landskap logistik e-dagang yang sentiasa berubah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial