Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

TH Lakukan Penilaian Menyeluruh Operasi Haji Tahun Ini - Zulkifli

09/06/2026 05:55 PM

SUNGAI PETANI, 9 Jun (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan penilaian secara menyeluruh terhadap operasi haji tahun ini dalam usaha meningkatkan lagi prestasi pengurusannya pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata walaupun Tabung Haji sebelum ini diiktiraf sebagai institusi dan pengurusan haji terbaik di dunia namun langkah itu tetap dilaksanakan untuk pengurusan haji yang lebih baik pada tahun hadapan.

“Penerbangan pulang jemaah haji Malaysia berakhir 30 Jun ini tetapi kita sudah mula melakukan ‘bedah siasat' bagi menilai operasi perjalanan haji tahun ini… untuk memastikan kita mengambil kira pandangan-pandangan dan insya-Allah, perjalanan haji tahun depan akan lebih baik lagi,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) Peringkat Negeri Kedah 2026 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Mengulas mengenai harapan mendapatkan tambahan kuota haji Malaysia, Zulkifli berkata usaha berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan namun keputusan akhir tetap di bawah bidang kuasa Kerajaan Arab Saudi.

“Kita usaha sedaya upaya, doakan moga-moga kita dapat maklum balas positif dan boleh menghantar lebih ramai jemaah haji… kita juga mengambil maklum bahawa ketika ini, ruang untuk jemaah haji dari seluruh dunia sememangnya sangat terhad dan sentiasa dipenuhi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan