Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Rasmi Sertai Gabungan Global Untuk Keadilan Sosial ILO

09/06/2026 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap keadilan sosial dan standard buruh antarabangsa menerusi penyertaan rasmi dalam Gabungan Global untuk Keadilan Sosial yang diterajui Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu dimuktamadkan melalui penyerahan surat rasmi penyertaan Malaysia kepada Ketua Pengarah ILO, Gilbert F. Houngbo, hari ini.

Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh agenda keadilan sosial, memperluas perlindungan pekerja serta memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, selaras dengan prinsip Pekerjaan Bermaruah di peringkat global.

Ad Banner
Ad Banner

Ramanan kini berada di Geneva, Switzerland sempena Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Ke-114.

Delegasi ILO dalam pertemuan itu turut disertai Penolong Ketua Pengarah merangkap Pengarah Serantau bagi Asia dan Pasifik, Kaori Nakamura Osaka serta Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah ILO Hitomi Nakagome.

Pertemuan itu turut disaksikan oleh rakan tripartit negara iaitu Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman; Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia Dr. Mohd Shaharin Umar.

Ramanan berkata dalam pertemuan itu beliau turut menegaskan kepentingan memperkukuh ekosistem tripartit negara yang harmoni, inklusif dan berfungsi secara efektif.

Beliau berkata semua pihak, termasuk wakil majikan dan pekerja, perlu terus mengutamakan dialog serta pendekatan konstruktif dalam menangani isu berkaitan perhubungan perusahaan supaya tidak menjejaskan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap sistem perburuhan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan