Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Politeknik Merlimau Rangkul Emas, Dinobat FAC Master, Layak Ke FIRA World Cup 2027

12/06/2026 04:19 PM

JASIN, 12 Jun (Bernama) -- Kontinjen robotik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya mengharumkan nama institusi itu, apabila merangkul satu pingat emas dan satu pingat perak di kejohanan 19th Malaysia FIRA Cup 2026 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah Politeknik PMM Norizam Sekak berkata kemenangan itu, diraih menerusi kategori FIRA Autonomous Car Challenge sekali gus dinobatkan sebagai FAC Master.

“Kejayaan tersebut turut melayakkan PMM mewakili POLYCC ke FIRA World Cup 2027 sekali gus membuka peluang untuk membawa nama institusi ke peringkat antarabangsa.

Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, PMM turut meraih satu pingat perak dan tempat keempat bagi kategori MyBOT FIRA Tower Challenge,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norizam berkata pencapaian itu juga, membuktikan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu bersaing pada peringkat tinggi melalui inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

Beliau berkata PMM akan terus memperkukuh pembangunan bakat pelajar bagi memastikan lebih banyak kejayaan dapat dilakar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kejohanan bertemakan “Robotik Mencetus Penyelesaian Masa Hadapan itu, disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Aminuddin Hassim di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB), semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan